Wednesday, April 16, 2014

APA ITU TELEFON BIMBIT ORI SET DAN AP SET

ORIGINAL AUTHORITY (ORI)

Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, SonyEricsson, Siemen dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga.

Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!

APPROVAL PRODUCT (AP)

Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.
Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang original daripada kilang telefon itu sendiri.

PENGALAMAN

Aku dah beli hp lenovo A880 series ni...tp AP SET laa.. agak noob sbb tak tau ape itu AP SET dan ORI. last2 dpt tau gak cmne. AP SET tu kalau korg beli dia ada tulisan cina dalam hp korg tu. kalau nak tau buatan hp korg tu china ke idak cer check IMEI dgn mendail *#06# pada digit ke 7 dan 8 misalnya 863981(02)8289558 ada tulis 02, itu maksudnya korg nya hp buat kat china, kalau 04 high kualiti.

Selain itu, service AP SET plak agak menyial sebab kalau rosak korg kena antar kedai tmpt korg beli tu bukan kat center hp korg tu. ORI plak kalau rosak biasanya penjual tu akan antar kat center contohnya center LENOVO kat SHAH ALAM..peace yoollls.

 Beza yg ketara ialah warranty tp AP SET gan ORI 99% are same kau...serious sama je cumer service warranty yg agak sakit hati gak la...so pilihan di tgn korg. Kalau aku tau aku beli yg ORI but sometime mistake make us know what right and wrong, right?


Jadual dibawah ialah contoh pusingan servis bagi tuntutan jaminan (warranty) selepas pembelian

Baca dan amati perbezaan set belian / jualan sebelum membuat keputusan. Khidmat selepas jualan sangat penting sebagai pelan kecemasan jika peranti mempunyai masalah atau kerosakan dikemudian hari.


LAST SEKALI


HAHAHA

5 comments:

  1. Tp kenapa ada yg jual up set lg mahal dr ori?

    ReplyDelete
  2. Tp kenapa ada yg jual up set lg mahal dr ori?

    ReplyDelete
  3. Lagi satu masalah AP set ni pantang on data atau WiFi ada saje application tah ape² masuk..tau² dh download..tngh online mcm² iklan haram jadah masuk..tu utk model lenovo..lain xtau lah..pakai ori set baru aman rase..

    ReplyDelete
  4. Alaa...klau beli ori pon warranty 1thun jee abis warranty kne antr kdai biase gak,klau ap set beza dri warranty jee sbb warranty dri supplier..aq pkai asus ap ok jee xde plk on data or wifi msok aplocation bkn2...

    ReplyDelete
  5. Sma ja ap or ori set ..aq guna lenovo a850 ap ..guna dh setahun lebih..xde rosak apa2..cuma ada tulis cina sikit..benda boleh di fix kan..cuma tuka software jaa..jdi mcm ori..perbezaan nya cuma "warranty" jaa..

    ReplyDelete